Sabtu, 23 November 2013

Soya Penyebab Kanser? Kenali ESP Dan Kenapa Ianya Berbeza

Sejak akhir2 ni..ramai sgt yg bertanya dan meragui khasiat ESP dan menyamakan dengan sumber soya biasa..kat sini saya buat sedikit summary dan pemahaman supaya setiap kite yg ambil ESP mengambilnya dengan ilmu dan dengan ilmu itu baru kite yakin dan bila yakin baru laa khasiatnye akan betul2 terserap dan diserap sepenuhnya oleh badan dan memberikan hasil yang kite inginkan...makan tanpa ilmu tak bermakna apa2 malah akan memberi impak yg tak bgs sebab kite akan mudah goyah dan ketidakyakinan itu sendiri akan memungkinkan kite tak mendapat khasiat yg sepenuhnya dari ape yg kite makan dan ambil...
Kredit to Hanum

ESP ialah protin..kenapa protin penting?

  • Sbb Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti Membina sel-sel baru, Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.
  • APA yg BEST tentang ESP ?merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol Dan Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. ESP juga Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) Dan Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga
  • Kelebihan ESP Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, Bantu hilangkan parut jerawat di muka, Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.ESP juga Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  • ESP jika diambil bersama supplement2 lain akan bantu penyerapan yg lebih baik semua supplement yg kita ambik..cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yg tak ambil bersama ESP.

part tu sure dah tau kan..so..nak tau kenapa ESP soya BERBEZA daripada soya biasa?? JOM BACA 7 KRITERIA PENTING ESP :

INFO : Produk -ESP - 7 kriteria/panduan/guideline utk memilih suplemen SOY PROTEIN

  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secaragenetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan- Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium

Ahad, 17 November 2013

Anak Enggan Makan

Selamat malam..
Sebelum tu kredit tu my mommy Hanum ye atas perkongsian info yg berguna ni.
Pasti ramai ibu2 di luar sana yg risau jika anak xnak makan kan? Penat jer masak sedap2 pastu xnak makan.
Begitu juga dgn saya..Anak sy berumur 1 tahun 8 bulan. Pun xnak makan bila time nak menyuap tu mesti dia melarikan diri..Hehe..
Ok kat sini sy nak share sedikit bagaimana cara utk tambahkan selera makan anak ye.
Baca dgn teliti maklumat yg sy kongsikan di bawah..



naikkan berat badan anak


Ramai kanak-kanak suka memilih makanan. Akibatnya, lebih banyak makanan yang ditolak berbanding dengan yang dimakan. Jika itu halnya, adakah kuantiti yang diambil itu mencukupi?

Sebenarnya, kuantiti makanan yang diambil oleh seseorang kanak-kanak berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Harus diingat, kekurangan berat badan tidak bermaksud anak anda kurus. Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadi bertubuh kecil, namun, mereka bukanlah kurang berat badan. Manakala kanak-kanak yang bertubuh agak besar sejak lahir tidak bermakna mereka cukup zat makanan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kuantiti makanan yang diambil oleh seseorang kanak-kanak itu tidak melambangkan tahap kesihatannya. Sekiranya anak anda ada banyak tenaga dan tumbesarannya normal, dia sebenarnya sihat meskipun hanya makan sedikit. Tetapi, jika berat badan anak anda tidak naik dan dia seakan tidak sihat, sesuatu perlu dilakukan.

Umumnya, kanak-kanak perlu makan untuk membesar secara normal. Oleh yang demikian, ibu bapa tidak boleh memandang ringan jika tumbesaran anak tidak seperti yang digariskan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa proses pemberian makanan kepada kanak-kanak berusia antara satu hingga enam tahun sangat mencabar. Namun, demi masa kesihatan dan masa depan anak-anak, ibu bapa perlu bersungguh-sungguh memastikan anak-anak mengambil hanya yang berkhasiat untuk keperluan tenaga dan nutrien anak sepanjang proses tumbesaran. Kekurangan berat badan bagi kanak-kanak tidak boleh dipandang ringan kerana banyak implikasinya seperti kecerdasan otak terjejas, pertumbuhan fizikal terganggu dan mudah diserang penyakit. Sekiranya hal ini terjadi kepada anak anda, bawalah dia berjumpa doktor untuk mengenal pasti masalah dan mencari jalan mengatasinya.

Jika anak anda enggan makan, berusahalah untuk mencipta suasana makan yang menceriakan. Pada masa yang sama, pelbagaikan menu dan cara sajian makanan untuk mereka. Harus diingat, kepelbagaian makanan yang disajikan perlulah mengutamakan vitamin dan zat agar tumbesaran tubuh dan perkembangan minda kanak-kanak tidak terjejas. Kuantiti makanan yang diambil anak anda biarpun sedikit tetapi mestilah berkhasiat. Ini lebih baik daripada makan banyak tetapi tidak berzat.

Tip Makanan Untuk Anak Kurus :


♦ Pastikan anak diberi pelbagai makanan mengikut saranan Piramid Pemakanan Malaysia. Jangan beri anak makan makanan yang rendah lemak.
♦ Makanan tinggi kalori sangat sesuai untuk meningkatkan berat badan ke tahap yang normal.Beri anak makanan sekurang-kurangnya 5 hingga 6 kali sehari.
♦ Bekalkan anak snek sihat seperti biskut lemak, buah-buahan kering, sandwic dan kekacang setiap kali dia ke sekolah. Rehatkan anak anda daripada sebarang aktiviti sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.
♦ Elakkan memberi anak anda makanan yang tinggi kandungan gulanya seperti makanan ringan dan minuman berkarbonat.

Panduan Menggalakkan Anak Makan :

♦ Beri anak makan dalam keadaan tenang dan bukan marahkan dia setiap kali dia enggan makan.
♦ Sediakan sendiri makan untuk anak dan bukan dibeli di restoran makanan segera atau di gerai-gerai yang belum tentu berkhasiat.
♦ Sesibuk mana pun anda, pastikan seisi keluarga makan bersama-sama setiap kali tiba waktu makan agar anak anda lebih berselera.
♦ Sekiranya anak anda masih kecil, ajaklah dia makan sambil bersiar-siar di taman permainan agar dia rasa lebih selesa.

Makanan Khas Untuk Anak Kurang Berat Badan :

♦ Nasi atau bubur perlulah ditambah dengan ayam atau daging dan minyak.
♦ Roti mestilah dihidangkan bersama mentega, keju dan mentega kacang.
♦ Biskut kraker mesti dimakan dengan marjerin dan mentega kacang.
♦ Susu kosong ditambah dengan serbuk coklat.
♦ Telur rebus dihidangkan bersama mayones, keju dan mentega.
♦ Kentang rebus dilenyek dan ditambah dengan susu dan mentega.

Kenapa Anak Tidak Mahu Makan?

♦ Bermasalah dengan gigi.
♦ Bosan dengan makanan yang diberikan.
♦ Terlalu banyak bermain.
♦ Tidak ada kawan untuk makan bersama-sama.
♦ Tidak berselera untuk makan.
♦ Ibu bapa terlalu memaksa mereka menghabiskan makanan.


info dipetik dari Pa&Ma


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 019 7439447 atau email izni_maei@yahoo.com untuk maklumat lanjut.